Keputusan Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016

Keputusan anugerah Puskas Fifa 2016-2017. Anugerah Puskas Fifa merupakan anugerah khas diberikan kepada penjaring gol yang menjaringkan gol tercantik. Keputusan pemenang dipilih berdasarkan undian daripada orang ramai di laman web fifa.

Beberapa bulan lepas, seramai lebih 10 jaringan disenarai pendek menjadi calon Anugerah Puskas 2016. Antara nama besar adalah Lionel Messi dan Neymar Jr.

Selepas beberapa siri undian, 3 top 3 telah dipilih dan anugerah diberikan pada temasya khas di Switzerland.

Amat mengejutkan kerana Faiz Subri dari Malaysia terpilih sebagai top 3 anugerah Puskas Fifa.

Senarai Calon Anugerah Puskas 2016-2017

Antara yang tercalon adalah;

Bil
Nama
Negara
Perlawanan
1.
Mohd Faiz Subri
Malaysia
Pulau Pinang vs Pahang
2.
Dainuska Rodriguez
Venezuela
Venezuela vs Colombia
3.
Marlone
Brazil
Corinthians vs Cobresal


Anugerah Puskas ini berlangsung pada 9 januari 2017 di Switzerland.

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2017

Berikut adalah pemenang bagi anugerah Puskas Fifa.

- FAIZ SUBRI

Tahniah diucapkan kepada FAIZ SUBRI atas Anugerah Puskas 2016.

0 comment... add one now