Contoh Ayat Songsang dan Ayat Biasa

Ayat songsang merupakan salah satu topik di dalam Subjek Bahasa Melayu (BM). Pada artikel ini, akan diterangkan contoh ayat Songsang dan juga ayat biasa.

Bagi memudahkan untuk anda faham, ayat songsang merupakan ayat yang telah diterbalikkan. Walaupun diterbalikkan susunannya, ayat tersebut masih lagi betul.
contoh ayat songsang

Contoh Ayat Songsang dan Ayat Biasa

Secara normal, ayat biasa terdiri daripada 2 bahagian,

Subjek + Predikat.

  • Subjek merupakan benda/objek/manusia/haiwan yang ingin diterangkan
  • Predikat pula adalah sifat yang disandarkan kepada subjek tadi.
Sebagai contoh ayat;

cth: Guru disiplin saya sangat garang.

Subjek: Guru disiplin saya
Predikat: Sangat garang.

===============


Itu contoh ayat biasa.

Manakala berikut pula adalah format dan contoh ayat songsang.

Predikat + Subjek

contoh ayat: " Sangat garang guru disiplin saya"

Simple sahaja. Senang kan?


Semoga ini dapat membantu anda untuk memhami apa itu ayat songsang dan bagaimana format dan contoh ayat songsang.

0 comment... add one now