Kemaskini Permohonan BR1M 2017 Online

Kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), adalah digesa untuk segera membuat kemaskini permohonan secara online. Kemaskini ini dibuka bermula pada 5 Disember 2016 sehingga tarikh 31 Disember 2016. Kemaskini ini juga bertujuan untuk menentukan pemohon yang masih aktif. Ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan bantuan dengan mudah.

Berikut kami nyatakan cara untuk membuat kemaskini BR1M 2017 secara online.

Cara kemaskini BR1M 2017 Online

Pertama sekali, masuk ke laman web KEMASKINI BR1M . Anda akan dibawah ke paparan seperti gambar di bawah ini;
cara kemaskini br1m 2017

Selepas itu, masukkan No kad pengenalan, dan klik "kemas kini permohonan". Kemudian, anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut;
kemaskini br1m 2017
Anda perlulah menjawab soalan keselamatan yang diajukan kepada anda. Soalan keselamatan adalah berbeza bagi setiap orang. Soalan keselamatn ini juga berdasarkan borang yang anda isi semasa membuat permohonan pertama kali dahulu. Soalan keselamatan ini akan ditanya sebanyak sekali ataupun dua (2) kali.

Setelah mengisi jawapan, anda klik butang hantar, paparan maklumat anda akan dikeluarkan. Semak semula maklumat anda Jika terdapat kemaskini, isi bahagaian yang perlu dikemaskini. Semak juga jika terdapat salah ejaan,kesalahan no akaun dan sebagainya.

Selepas membetulkan kesalahan dan mengemaskini maklumat anda, pergi kebahagian paling bawah, seperti tertera pada gambar dibawah ini;
kemaskini br1m 2017
Masukkan kod pengenalan, iaitu nombor yang tertera pada gambar kiri tersebut. Sebagai contoh, kod pengenalan bagi gambar di atas adalah 499884 . Selesai, klik kemaskini.

Dan notis pengesahan akan dikeluarkan seperti dibawah ini;
kemaskini br1m 2017

'Tick' butang saya bersetuju dan klik butang "setuju & hantar". Kemaskini anda berjaya setelah anda mendapat notis pengesahan seperti di bawah ini;
pengesahan br1m 2017

Klik ok, maka selesailah sudah anda membuat kemaskini permohonan BR1M 2017.

0 comment... add one now