Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016

Mulai tahun 2016, Program Dermasiswa B40 mulai diperkenalkan. Ianya merupakan satu bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai pendapatan seisi rumah pada 40% terendah.Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016 ini mulai dibuka pada 26 September 2016.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk membuat permohonan.

PERMOHONAN PROGRAM DERMASISIWA B40 JPA 2016


Syarat Program Dermasiswa B40 JPA 2016

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan.
  • Kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Lepasan SPM tahun 2015
  • Mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM6540
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana agensi.

Cara Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016

Berikut adalah cara permohonan dermasiswa ini:
Layari laman web ini: MOHON

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, hubungi:

Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.
Email : penawaranlsp@jpa.gov.my

Selamat membuat permohonan semoga permohonan anda diterima seterusnya dapat mengurangkan beban kewangan adna semasa belajar. Sebarkan kepada rakan lain yang anda rasa perlu untuk membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2016 ini.

0 comment... add one now