Cara Mendaftar Akaun Simpanan Shariah KWSP 2016

Cara Mendaftar Akaun Simpanan Shariah KWSP 2016. Bermula 8 Ogos, kini satu perkhidmatan baru daripada KWSP (EPF)telah diperkenalkan iaitu simpanan shariah. Ini bermakna, para ahli kwsp boleh menukar akaun daripada simpanan konvensional kepada simpanan syariah.
 Ini juga merupakan satu inisiatif daripada KWSP untuk membolehkan ahlinya membuat pilihan akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.
daftar akaun sharian kwsp

Ciri-Ciri Simpanan Shariah KWSP



  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

  • Pendaftaran mula dibuka pada 8 ogos 2016.
  • hadirkan diri ke pejabat KWSP berdekatan anda 
  • bawa bersama mykad kad pengenalan anda.
  • Turunkan cap ibu jari.
Makluat lanjut dan soalan lazim, anda boleh lihat di portal KWSP ini.

0 comment... add one now