5 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Pantas

Jerawat boleh menjadi amat menyakitan dan malu dengan keadaan kulit kita, dan parut yang ditinggalkan seperti memberi satu peringatan yang tidak diundang bahawa kita pernah ada jerawat sebelum ini. Walaupun terdapat jerawat yang akan hilang secara semulajadi selepas beberapa minggu dan bulan, akan tetapi terdapat jerawat yang anda perlu rawat dengan segera bagi mengelakkan pembentukkan hiper-pigmentasi.

baca: Cara Hilangkan Jeragat Dengan Pantas

Secara realitinya, anda tidak akan mampu menghilangkan parut jerawat secara total hanya dalam satu malam, akan tetapi rawatan, produk, dan tips kesihatan kulit yang kami tunjukkan dibawah ini akan membantu anda mendapatkan kulit yang nyata berbeza seperti sebelumnya. Anda cuma perlu memilih cara yang betul untuk kulit anda.
hilangkan parut jerawat


1. Sapukan jus lemon segar. Jus lemon mempunyai agen pelunturan secara natural, dan ia mampu membantu secara efektif  untuk menncerahkan parut jerawat anda. Mudah, campurkan jus lemon dan air dan sapukan campuran ini pada parut jerawat anda. Elakkan kulit disekitar parut. Kemudian, bilas sapuan pada kulit anda tadi selepas 15-25 minit mengenakan lemon tadi. Ataupun, anda boleh letakkan jus lemon semalaman pada 'mask' anda.


  • jangan lupa untuk sapu pelembap selepas membilas jus lemon tadi. Ini kerana asid sitrik pada lemon boleh menyebabkan kulit menjadi kering
  • Jus limau , yang mana mengandungi asid sitrik juga, boleh digunakan untuk menggantikan lemon.
  • Disebabkan jus lemon adalah pH 2 and kulit pula pH 4-7, cara ini perlu dilakukan secara berhati-hati. jangan biarkan jus lemon pada kulit terlalu lama. Asid sitirk juga mengandungi bahan kimi yang dipanggil  Berapten , yang mana ianya  bergabung kepada DNA dan menyebabkan radiasi UV berlaku pada kulit lebih mudah. Jadi, anda perlu mengelakkan tekrna pancaran matahari jika jus lemon masih ada pada kulit anda.
cara hilangkan parut jerawat
2. Sapukan dengan baking soda . Baking soda boleh digunakan untuk memberi kelegaan pada kulit dan mengurangkan tanda parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu air untuk membentuk satu 'pasta'. Sapukan campuran ini pada muka dan gunakan sapuan secara 'circular' . Sapukan dalam masa 2 minit.Selepas itu, anda haruslah membilasnya.
madu hilangkan parut jerawat


3. Gunakan Madu.  madu merupakan bahan alami yang terbaik untuk mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Ini kerana madu menganungi antibateria dan membantu melegakan kulit serta mengurangkan keradangan kemerah-merahan. Madu asli amat berkesan.
aloe vera hilangkan parut jerawat


4. Menggunaan aloe vera ( daun lidah buaya). Cecair pekat dalam daun lidah buaya dapat membantu melegakan sebarang keradangan pada kulit. Daripada kulit melecur hinggalah luka dan parut jerawat. Aloe vera mambntu melembabkan kulit, dan mengalakkan parut jerwat untuk bernasur-ansur hilang. Cecair pekat ini boleh terus disapukan pada kulit anda.

ais kiub hilangkan parut jerawat


5. Gunakan ais kiub. Ais merupakan satu bahan yang anda tidak jangka mampu mengurangkan parut jerawat. Ini kerana ianya akan mengurangkan keradangan pada kulit yang mempunyai parut jerawat. Ambil ais kiub kemudian bungkus dalam sapu tangan (kain, towel ) yang bersih . Kemudian letakkan pada kulit  anda yang mempunyai parut tadi dalam seminit dua hingga ianya terasa kebas, kemudian angkat.

Tonton video di bawah ini cara hilangkan parut jerawat.


Semoga 5 cara yang kami nyatakan ini dapat membantu anda untuk menghilangkan parut jerawat pada muka anda dengan cara alami tanpa menggunakan sebarang produk. Ini kerana cara ini lebih selamat dan menjimatkan berbanding anda menggunakan produk dan rawatan kosmetik di pusta-pusat kencantikan.Ohya, jangan lupa minum air secukupnya.


0 comment... add one now