Masalah dan Cadangan Penambahbaikan Pengangukutan Geografi PT3 2016

Sistem pengangkutan terutamanya pengangkutan awam tidak lepas dari sebarang masalah pengangkutan. Apa yang menjadi beza adalah bagaimana langkah penambahbaikan dilakukan. Berikut kami senarai masalah dan penmbahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan sistem pengangkutan.
masalah pengangkutan awam

Masalah Pengangkutan di kawasan anda

Berikut adalah beberapa masalah yang sering timbul dalam sistem pengangkutan terutamanya pengangkutan awam.

  • Sistem pembelian tiket tidak teratur.
  • Tambang yang mahal dan tidak dipantau.
  • Pemilik kenderaan sesuka hati meletakkan tambang tidak mengikut tarif yang ditetapkan.
  • Kemudahan pengangkutan awam tidak meluas, hanya meliputi kawasan bandar/pekan sahaja.
  • Kekurangan bilangan kenderaan awam tidak dapat memenuhi permintaan penduduk tempatan yang ramai bilangannya.
  • Kewujudan kenderaan awam 'sapu' yang menyebabkan mereka yang berpermit tidak dapat mencari rezeki.
  • Stesen yang jauh dari kawasan perumahan.
  • Pemandu kenderaan awam yang tidak mesra.
  • Hak OKU bagi kenderaan awam dinafikan.
  • Kenderaan awam yang tidak diselenggara, (kotor, dan rosak)

Cara Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam

Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaika pengangkutan.

  • kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik
  • kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam  bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama
  • kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi
  • kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu
  • kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah
  • Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam 
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan  menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka
  • pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas
  • pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam
  • media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
  • masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak
  • pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan

Semoga maklmat ini dapat membantu anda untuk menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2016.

3 comments.. read them below or add one