Kerja Kursus Geografi PT3 2016 Sistem Pengangkutan Awam

Kerja kursus Geografi merupakan komponen wajib di dalam mataplejaran Geografi PT3 khusus untuk pelajar tingkatan 3. Kerja kursus Geografi perlulah disiapkan bagi mendapatkan markah yang baik di dalam PT3. Berikut kami sediakan tips, cara, panduan menjawab kerja kursus Geografi PT3 2016.

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Tajuk kerja kursus : “Kajian kes melibatkan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau di sekitar sekolah anda”
Tempoh pelaksanaan : 17 Julai 2016 - 29 Julai 2016 ( 2 minggu)

Panduan rasmi daripada pihak lembaga peperiksaan masih lagi belum dikeluarkan. kami akan mengemaskini maklumat di sini.
pengangkutan awam pt3 geografi 2016

Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia

Tajuk: Pengangkutan Awam . “Kajian kes melibatkan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau di sekitar sekolah anda”
Tarikh pelaksanaan : 17 Julai 2016 - 29 Julai 2016


geografi pt3 2016

Pengangkutan Awam Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

1. Tajuk:

Anda dikehendaki untuk menulis berkenaan pengangkutan awam di tempat atau kawasan sekolah anda.


2. Senarai isi Kandungan

Senaraikan setiap isi kandaungan kerja kursus anda dari muka 1 hingga muka surat akhir.

3. Penghargaan

Nyatakan penghargaan anda kepada pihak ataupun individu yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus anda. Anda boleh lihat contoh penghargaan kerja kursus sejarah .

4. Pendahuluan.

Buat pendahuluan mengenai kajian anda. Sebagai contoh,

" Kawasan kajian yang saya pilih untuk melaksanakan Kerja kursus geografi PT3 2016 adalah ........ Melalui kerja kursus ini saya dapat menambah pengetahuan mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan dan kelemahan sistem pengangkutan awam... ( sambung mengikut ayat anda)

5. Objektif Kajian

Nyatakan tujuan dan objektif kajian anda. Selalunya objektif kajian adalah berdasarkan perkara-perkara yang ingin dikaji. berikut adalah beberapa contoh objektif kajian.


  • Mengetahui konsep takrifan pengangkutan awam.
  • Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
  • Untuk mengetahui latar belakang pengangkutan awam.
  • Mengenalpasti masalah penngangkutan awam.
  • Menncadangkan penyelesaian masalah yang dihadapi pengangkutan awam.
6. Kawasan kajian

Huraikan dengan terperinci kawasan kajian yang telah anda pilih Sebagai contoh kawasan bandar , pekan, kampung anda.

7. Kaedah kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk kerja kursus Geografi adalah melalui pemerhatian, temubual, kaji selidik.
Lihat sini contoh borang kaji selidik Geografi : Contoh

8. Hasil Kajian

Berikut adalah hasil ataupun dapatan kajian yang perlu anda penuhi untuk menyempurnakan kerja kursus Geografi PT3 2016 ini.



  • Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
  • Jenis-jenis pengangkutan
  • Kepentingan pengangkutan di kawasan kajian
  • Masalah pengangkutan 
  • Bahan grafik untuk kajian seperi jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik di kawasan kajian boleh menghasilkan data yang kemudiannya ditukar dalam bentuk jadual dan graf
  • Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan.



  • 9. Rumusan Kajian

    Rumuskan hasil kajian anda dalam satu ayat/mukasurat. Sebagai contoh.
    Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di kawasan.....  digunakan untuk tujuan .....  Melalui pemerhatian .... 


    10. Rujukan

    Nyatakan semua rujukan anda. Lihat contoh rujukan di sini: Contoh rujukan







    0 comment... add one now