Semakan Keputusan Rayuan Ke Tingkatan 6 2016

Sukacita dimaklumkan kepada para pelajar yang telah memohon untuk masuk ke tingkatan 6, tetapi tidak berjaya kemudian membuat permohonan rayuan, kini boleh mula menyemak keputusan rayuan ke tingkatan 6 anda bagi sesi 2016.

Semakan rayuan ke tingkatan 6 2016 boleh mula disemak mulai 14 Jun 2016  sehingga 24 Jun 2016.
semak keputusan rayuan tingkatan 6 2016

Cara Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2016

Berikut adalah cara semakan keputusan rayuan tingkatan 6 sesi 2016.
  1. Masuk ke pautan berikut:SEMAK
  2. Masukkan no Kad Pengenalan
  3. Klik semak.
  4. Sekiranya anda berjaya, cetak surat tawaran yang diberikan pada laman web berkenaan.
  5. Bawa surat tawaran tersebut semasa pendaftaran di sekolah pada 20 Jun 2016.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 6 2016.

1 comment... add one now

Unknown Unknown 24 June, 2016
Salam .sy ad mohon rayuan f6 tapi bila cek xboleh, masukkan no ic semula katanya.