Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia

Berikut merupakan jawapan bagi Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 bagi subtopik langkah memelihara bangunan/binaan sejarah di Malaysia. Oleh kerana berkemungkinan ramai orang yang akan melihat poin sama di dalam blog ini, anda dinasihatkan supaya mengubah struktur ayat supaya tidak timbul unsur plagiat.
cara memelihara bangunan sejarah

Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia

Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita.Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bagi sesebuah negara, bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat yangmendukung negara tersebut. 

Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Sememangnya, pengekalan bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak tertubuhnyaKesultanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi. 

Kini, banyak bangunan bersejarah telahdilupuskan untuk membina bangunan baharu. Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan negara kita. Bangunan bersejarah bukti kukuh sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku di negara kita. Oleh itu, bangunan bersejarah perlu dikekalkan dandipulihara.

 Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan jugadapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya,apakah cara dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini?Pertama, bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya KotaCornwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Sultan Abdul Samad
dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing.

 Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah.Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah Kedah. 

Pada masa yang sama, seni binaBangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi bangunan pentadbiran.Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. 

Dengan ini, pihak  berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. 

Badankebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golonganyang kurang bernasib baik mendapat pembelaan.

Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan kalau bangunantersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan bersejarahmerupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. 

Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar gantidengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah

=================

Semoga artikel mengenai langkah memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia ini dapat membantu menyiapkan kerja kursus Sejarah PT3 2016 anda.

Lihat artikel lain mengenai kerja kursus Sejarah PT3 2016.


0 comment... add one now