Tarikh Sambutan dan Koleksi Ucapan Hari Ibu 2016

Hari ibu merupakan hari yang disambut setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan ibu kepada anaknya. Setiap tahun, anak-anak akan melakukan sesuatu seperti memberi hadiah, membuat kejutan dan menyambut bersama hari ibu ini. Tarikh sambutan hari ibu.

koleksi ucapan serta tarikh sambutan hari ibu

Tarikh Sambutan Hari Ibu di Malaysia

Setiap tahun tarikh sambutan diadakan pada ahad kedua pada bulan Mei . Pada tahun ini, iaitu tahun 2016, sambutan hari ibu di Malaysia jatuh pada tarikh berikut:

Tarikh: 8 Mei 2016
Hari: Ahad

Koleksi Ucapan Hari Ibu

Berikut dihimpunkan beberapa koleksi ucapan hari ibu yang mana anda boleh ambil dan berikan kepada ibu tidak kiralah melalui kad ucapan, sms, whatsapp dan video call.

Ucapan 1:

Aku sayang dan cinta kepadamu Ibu. Aku berharap agar engkau terus  sihat sejahtera dan memberikan aku kasih sayang.

ucapan 2:

Ibu, kau umpama lilin yang membakar diri. Terlalu banyak kau korbankan hanya untuk kesenanganku. Terima Kasih ibu.

ucapan 3:

Ibu, kau merupakan insan terbaik dalam hidupku.

ucapan 3:

Keajaiban dalam hidup adalah lahir dari rahim mu. Seorang wanita yang memberi kami cinta dan juga pengrobanan. Terima kasih ibu.

ucapan 4:

Ibu, kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu
Selamat Hari Ibu.

ucapan 5:

Bila diri ini sendiri,
Bila diri ini kesedihan,
Bila diri ini dikecewakan,
Bila diri ini berputus asa,
Bila diri ini buntu,
Seorang insan istemewa sentiasa dibelakang ku.
Insan yang bergelar ibu.
Ibu, Terima kasih untuk semua.
Sayang ibu.

Semoga ucapan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk melafazkan rasa sayang dan kasih kepada ibu anda. Selamat hari ibu!


0 comment... add one now