Semakan Panggilan Temuduga Program JPA-MARA 2016

Semakan keputusan JPA-MARA 2016. Sebelum ini, para calon telahpun mengisi borang permohonan biasiswa JPA MARA 2016. Kini para calon bolehlah mula menyemak keputusan panggilan temuduga program JPA MARA ini.

Semakan ini bertujuan untuk menentukan sama ada anda akan dipanggil menghadiri temuduga ataupun sebaliknya. Ini bukanlah menandakan yang anda berjaya mendapat biasiswa ini, akan tetapi ianya cuma sedikit langkah kehadapan sebelum anda benar-benar layak ditawarkan mengikut program pengajian ini.

Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga JPAMARA 2016

Berikut adalah cara membuat semakan.

1. Masuk ke laman web: SEMAK JPA MARA 2016
2. Kemudian,anda akan dibawa kpada paparan seperti berikut: 
cara semakan jpamara 2016

3. Masukkan No KP dan juga kata laluan sama seperti yang anda gunakan sebelum ii membuat permohonan.
4. jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh klik pautan tertulis "lupa kata laluan"

Jika anda ada sebarang soalan dan pertanyaan berkenaan permohonan dan semakan ini, anda bolehlah teru mengajukan soalan anda dengan menghantar email ke alamat berikut:

  • penawaranlsp@jpa.gov.my
  • ictbmi@jpa.gov.my
Selemat maju jaya dalam menyemak keputusan panggilan temuduga JPA -MARA 2016.

0 comment... add one now