Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2016/2017

Sukacita dimaklumkan kepada calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh mula membuat semakan keputusan tawaran bagi sesi 2016/2017.

Semakan tawaran kemasukan ke Matrikulasi ini boleh mula disemak mulai 14 April 2016.
SEMAKAN TAWARAN MATRIKULASI

Cara Semakan Tawaran Matrikulasi 2016/2017

Semakan ini boleh dilakukan mengikut cara berikut:

  1. Layari pautan berikut: Semak Matrikulasi
  2. Masukkan no kad pengenalan 
  3. Klik semak.

Bidang Pengkhususan Matrikulasi

Diingatkan kembali bahawa program matrikulasi ini terbahagi kepada 3 pengkhususan iaitu:
  • Sains (Kod M001)
  • Perakaunan (Kod M003)
  • Teknikal (Kod M007)

Perjalanan Program Matrikulasi

Berikut pula adalah bagaimana program pengajian di Matrikulasi berlangsung

Jangka Masa Program
  • Program Satu Tahun (2 Semester)
  • Program Dua Tahun (4 Semester)
Mata Pelajaran Teras
Jurusan Sains
  • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
  • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
Jurusan Perakaunan
  • Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
  • Aliran Teknikal
  • Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan
Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-

  • Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam/Moral
Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-

  • Sukan/Permainan atau
  • Persatuan/Kelab atau
  • Kawad Kaki
Semoga anda berjaya memasuki Matrikulasi seterunsya berjaya menjadi pelajar cemerlang di sana kelak.

0 comment... add one now