Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2016 Online

Selepas membuat permohonan  kemasukan ke tingkatan 6 sesi tahun 2016, kini para pelajar boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke tingkatan 6 bagi sesi 2016.

Keputusan ini akan menunjukkan kepada anda aliran dan sekolah manakah anda akan ditempatkan untuk menyambung ke tingkatan 6.

Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 bagi sesi 2016 ini bolehlah mula disemak mulai 14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016.
SEMAKAN KEPUTUSAN TINGKATAN 6 2016

Cara Semakan kemasukan Tingkatan 6 tahun 2016

1. masuk ke dalam laman web: www.moe.gov.my
2. Masukkan no kad pengenalan.
3. Klik semak.


Untuk pengetahuan pelajar semua, tingkatan 6 bukanlah satu pilihan yang tidak baik untuk anda sambung pelajaran, ramai yang beranggapan bahawa tingkatan 6 ini hanyalah sebagai pilihan terakhir. Walhal, jika kena dengan anda, tingkatan 6 boleh menjadi satu pilihan yang tepat.

Usah dihiraukan perasaan dan kata-kata dari orang lain yang sering berkata.
"Sambung tingkatan 6 je?"

Selamat mau jaya, semoga anda beroleh kejayaan di tingkatan 6.

0 comment... add one now