Permohonan Kolej Vokasional ILKS Sesi Jun 2016

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar lepasan PT3 yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) kini bolehla mula memohon.

Permohonan dibuka mulai 2 Mei sehingga 12 Mei 2016.

Syarat Permohonan ILKS 2016

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh calon sebelum membuat permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
  • Selesai mengambil Pentaksiaran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2015.
  • Sihat tubuh badan.
  • Bebas dari penyakit kronik.
  • Tidak rabun/buta warna.
  • Bebas dari masalah mental
  • Berminat dengan kos yang dipohon.
Manakal berikut pula adalah syarat khusu permohonan.

  • Memperoleh sekurangnya D dalam Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya D dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. dan...
  • Memperoleh sekurang-kurangnya band 3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup ( Pentaksiran sekolah- PS)

Cara Permohonan Kolej Vokasional ILKS

Anda bolehlah melayari www.moe.gov.my untuk membuat permohonan mulai 2 Mei 2016.


Senarai Tempat dan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai tempat pengajian dan kursus yang ditawarkan dalam Program Kolej Vokasional di ILKS ini.

senarai ilks malaysia

0 comment... add one now