Permohonan Egtukar Pertukaran Guru Sesi Jun 2016

Permohonan egtukar pertukaran guru sesi Jun 2016 kini dibuka. Pertukaran guru merupakan perkara yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh guru-guru. Ini kerana ianya membolehkan guru-guru untuk bertukar tempat mengajar ke tempat yang mereka kehendaki. Sebagai contoh, bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah atau kampung halaman.[egtukar]


Kini permohonan untuk pertukaran guru bagi sesi Jun 2016 telah dibuka. Ini merliputi pertukaran guru pada bahagian negeri, antara daerah dan juga dalam daerah. Permohonan pertukaran guru ini dibuka untuk mereka yang bergred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44,DG48,DG52 dan DG54.
permohonan eg tukar jun 2016

Cara Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2016

Jika anda guru yang berminat untuk membuat pertukaran, anda bolehlah mengisi borang di https://epgo.moe.gov.my/

Permohonan mula dibuka bermula 1 April 2016.

tarikh tutup permohonan ini adalah pada 15 April 2016.


1 comment... add one now

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 04 April, 2016
Adik dan kakak saya pun tengah prepare alasan la nak buat pertukaran ni