Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2017

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi Sekolah Seni Malaysia bagi sesi 2017 kini telah mula dibuka. Permohonan dibuka mulai 1 April 2016 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2016.

Kepada pelajar yang berminat, adalah dialu-alukan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia.Berikut adalah maklumat penting yang nada perlu ketahui sebelum membuat permohonan,
permohonan sekolah seni 2017 tingkatan 1

Syarat permohonan / kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2017

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai bakat dalam bidang kesenian seperti seni muzik,teater,tari, visual.
  3. Tidak cacat.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Lulus sesi ujibakat.
  6. Memperolehi keputusan UPSR 2016 minimum 3B.
Hanya calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi ujibakat/temuduga. Borang permohonan perlulah dicetak dalam 2 salinan kemudian mendapat pengesahan dari Guru Besar atau pihak pentadbir sekolah. Tarikh semakan keputusan akan diumumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut permohonan, bolehlah layari : www.moe.gov.my

0 comment... add one now