Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG 2016 Online

Sesiapa yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan, adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2016.

Berikut adalah sayarat permohonan:


  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus SPM dengan memperoleh cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Menepati syarat khusus setiap kursus yang ditawarkan (boleh dilihat pada website permohonan)
Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah:

  • Sekolah Kebangsaan ( BM, BI, Bhs Cina, Bhs Tamil, Bhs Iban, Bhs Kadazandusun)
  • Sekolah Jenis Kebangssan Cina ( BM, BI, Bhs Cina, P.Islam)
  • Sekolah kebangssan Tamil ( BM, BI, Bhs Tamil, P.Islam)
  • Sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pembelajaran,pendengaran, penglihatan)

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 (11: 59 malam)
logo kpm ipg 2016

Cara memohon IPG 2016:

  1. Permohonan boleh dibuat secara online mulai 10 Mac 2016 di link ini: LINK : Moe.gov.my
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan setiap kursus.
  3. pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini bila - bila masa sehingga tarikh tutup.
  4. Selepas membuat permohonan, pemohon akan diberikan nombor rujukan.
  5. Simpan no rujukan untuk tujuan semakan akan datang.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

Berikut adalah calon yang tidak layak untuk memohon:
  1. Pemohon yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Guru di institusi-institusi perguruan seluruh Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di institusi Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan  dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah , jenayah atau tindakan mahkamah.

2 comments.. read them below or add one

Nurul Shahira Nurul Shahira 06 March, 2016
All the best kepada calon IPG 2016
Ilmam Ahmed Ilmam Ahmed 12 March, 2016
Tidak perlu beli nombor pin ke?