Panduan dan Cara Mengerjakan Umrah ( Mudah & Ringkas)

Umrah merupakan satu ibadah yang dilakukan oleh umat Islam. Umrah dilaksanakan di tanah suci Mekah. Sebelum megnerjakan umrah, ada baiknya para jemaah membaca sedikit dan mengetahu bagaimana cara mengerjakan umrah. Ini bagi memudahkan segala pergerakan dan ibadah di sana kelak.

Pada kali ini, saya akan berkongsi kepada pembaca berkenaan panduan dan cara mengerjakan umrah.

Panduan dan Cara Mengerjakan Umrah

cara mengerjakan umrah



cara mengerjakan umrah


Rurukun umrah ada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur
  5. Tertib

1. Niat mengerjakan umrah

نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2. Tawaf

Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Syarat sah tawaf:
  1. dilakukan luar kaabh tapi masih di dalam masjidil haram
  2. Tidak menyentuh mana-mana bahagian kaabah
  3. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  4. pastikan laluan tawaf bersih dari najis
  5. bermula dari hajarul aswad dan berakhir pada garisan yang sama
  6. Buat tujuh pusingan sempurna dengan yakin
  7. kaabah haruslah sentiasa berada di sebelah kiri, ataupun bahasa lainnya, bergerak melawan arah jam.
  8. Suci dari sebarang hadas
  9. Menutup aurat.

3. Saie

Syarat sah saie:
  1. Dilakukan selepas tawaf
  2. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
  3. Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  4. Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
  5. Dari kaki bukit ke kaki bukit.
  6. Perjalanan tidak boleh terputus.

4. Bercukur dan Tahallul

memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut. 
Tahallul wanita:
  1. Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.
  2. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  3. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib

Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Ini merupakan perkawa Wajib Umrah

  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

 Miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara

  • Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
  • Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
  • Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
  • Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.


Selamat mengerjakan umrah. Semoga umrah anda sempurna dan diterima Allah.

Panduan Umrah Dalam PDF


Jika anda ingin memuat turun panduan dan cara mengerjakan umrah dalam format PDF, boleh klik sini

2 comments.. read them below or add one

Blogger Borneo Blogger Borneo 02 March, 2016
Artikelnya cukup singkat namun jelas, mohon ijin untuk di download panduannya. Terima kasih...
Mejuez Mejuez 02 March, 2016
Salam tuan Masadun, saya nk minta izin ni. Bolehkah saya copy gambar panduan umrah untuk letak pada blog saya nanti?

Kalau diizinkan... >_<

www.mejuez.com