Cara Buat Aiskrim Sumi Mudah

Cara buat aiskrim sumi dengan mudah. Viral juga baru-baru ini  mengenai aiskrim sumi yang orang selalu share di FB.

Artikel kali ini akan mengajar anda bagaimana cara untuk membuat dan menyediakan aiskrim sumi dengan mudah dan senang. harap-harap lepas ini anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Cara membuat aiskrim sumi

Cara Buat Aiskrim Sumi

Bahan-bahan :

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • perisa dan warna yg anda suka
  • 3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

Cara menyediakan:

  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
  2.  Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
  3.  Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata.
  4.  Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.

0 comment... add one now