Beza Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma

Apakah beza program-program seperti Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6, dan juga diploma. Program-program ini antara pilihan ramai orang selepas menghabiskan SPM.

Di sini akan diterangkan secara ringkas, apakah pro dan kontra apabila anda menyambung pelajaran ke program pilihan anda.

beza matrikulasi asasi, tingkatan 6

Matrikulasi

  • Masa yang singat, hanya setahun sebelum menyambung ke peringkat ijazah(kecuali program 2 tahun).
  • Tempat yang dekat sedikit dengan rumah anda, ini kerana hampir  setiap negeri mempunyai matrikulasi masing-masing.
  • Pembelajaran yang asas. Tidak khusus kepada bidang tertentu.
  • Dapat elaun
  • Sijil lepasan matrikulasi tidak laku untuk kerja .
  • Jika anda gagal, anda kena ulang semula. Ketika ini anda telah terlepas program tingkatan 6.
  • Pembelajaran yang cepat. Terdapat orang yang pintar, tetapi tidak boleh belajar dengan cepat.
Asasi

Hampir sama sahaja seperti matrikulasi, cumanya asasi ini dikendalikan terus di dalam universiti, contohnya asasi UM, asasi uitm, asasi UPM dan yang lain. Maksudnya anda akan dapat melihat serba sedikit bagaimana suasana dan keadaan universiti yang sebenar sebelum menyambung pelajaran ke universiti dalam peringkat ijazah.

Tingkatan 6
  • Tingkatan 6, ramai orang yang mengambil mudah dan memandang rendah berkenaan tingkatan 6.
  • Apa yang anda kena tahu tingkatan 6 ini mengambil masa 2 tahun sebelum anda menyambung ke peringkat ijazah.
  • Kos untuk tingkatan 6 adalah lebih murah berbanding program yang lain kecuali yang mendapat biasiswa. 
  • Tingkatan 6 juga dikatakan antara peperiksaan bertulis yang susah di Malaysia (tidak diketahui kesahihan perkara ini). 
  • Selalunya mereka yang berjaya memasuki ijazah selepas STPM ni mereka akan dapat keputusan yang cemerlang semasa di universiti.

Diploma
  • Masa yang panjang (3 tahun)
  • Bagaimanapun jika berjaya untuk transfer kredit semasa degree, anda tidak akan ada bezanya dengan mereka yang berada di tingkatan 6 dan matrikulasi.
  • Perkara yang dipelajari semasa diploma menjurus kepada kerjaya anda selepas belajar kelak.
  • Kos yang sedikit tinggi ( melainkan anda punya biasiswa)
  • Sijil yang diperolehi selepas diploma boleh digunakan untuk mencari kerja.  

Semoga perbandingan ringkas ini dapat membantu anda membuat pilihan kelak. Apa yang boleh saya katakan, jangan ikut pilihan kawan. Ikutlah setelah membuat pelbagai pertimbangan.


0 comment... add one now