Nota Sejarah Bab 2 Tingkatan 5 - Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Bab 2 Sejarah Tingkatan 5 SPM bertajuk "Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.

Berikut merupakan nota ringkas yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuat ulangkaji anda.

nota sejarah tingkatan 5 bab 2


BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?


1. Dasar Penaklukan British
  • Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  • Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.


2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.
  • Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
  • Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah.


3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap
   masyarakat tempatan.
  • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum.
  • Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.


4. Campur Tangan British dalam Adat Resam
   Tempatan.
  • British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
  • Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.


5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan
   Pengaruh.
  • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.


6. Kesulitan Penduduk Tempatan.
  • Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
  • Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.


Bincangkan Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu.


1. Pengenalan Sistem Politik Barat
  • British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
  • Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
  • Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka.


2. Perkembangan Sistem Pendidikan.
  • Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.


3. Dasar British.
  • British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
  • Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
  • Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
  • British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan.
  • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.


4. Pendudukan Jepun
  • Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
  • Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
  • Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.


5. Penguasaan Parti Komunis Malaya
  • PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
  • Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.


6. Kemunculan Mesin Cetak
  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
  • Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.


7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
  • Gerakan Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan.
  • Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia.
  • Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.
  • Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
  • Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.


8. Kesedaran politik Serantau
  • Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
  • Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat  tempatan.











GERAKAN ISLAH


  • Gerakan Islah – Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
  • Tokoh pendorong gerakan ini – Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
  • Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.
  • Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk menyalurkan maklumat gerakan ini.


MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH.


  • Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
  • Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
  • Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
  • Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.


PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH


  • Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.
  • Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.
  • Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran Sultan.
  • Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu.
  • Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
  • Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
  • Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.





AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.


1. Nama-nama Akhbar


  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak


2. Persoalan tentang Sosial/Pendidikan,
   ekonomi dan Politik yang di bangkitkan.


SOSIAL/PENDIDIKAN


  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
  • Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.


EKONOMI


  • Menggalakkan syarikat kerjasama.
  • Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan.
  • Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.
  • Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
  • Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
  • Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.


POLITIK


  • Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
  • Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya.
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.
  • Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.


3. Nama-Nama Majalah


Majalah
Pengarang
  • Majalah Guru
Muhammad Dato’ Muda
Linggi.
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
  • Pengasuh
Dato’ Nik Mohamad
  • Bulan Melayu
Zainon Sulaiman


4. Persoalan yang dibangkitkan.


  • MAJALAH GURU
    • Pendidikan anak-anak Melayu.
    • Perpaduan di kalangan org Melayu.
    • Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
    • Membaiki taraf hidup orang Melayu.
    • Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
    • Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.


  • PENGASUH
  • Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
  • Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
  • Memperluas ilmu dalam semua bidang.
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk.


  • BULAN MELAYU
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
  • Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.


5. Nama-Nama Novel


Novel
Pengarang
  • Keris Melaka
Ahmad Bakhtiar
  • Anak Mat Lela Gila
Ishak Haji Muhammad
  • Putera Gunung Tahan
Ishak haji Muhammad
  • Melor Kuala Lumpur
Harun Aminurrashid


6. Persoalan yang dibangkitkan.


  • Keris Melaka
  • Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.
  • Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
  • Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.


  • Anak Mat Lela Gila
  • Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
  • Menghargai warisan bangsa sendiri.
  • Mencintai tanah air.
  • Menolak kesenangan demi maruah bangsa.


  • Putera Gunung Tahan
  • Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
  • Mencintai tanah air.
  • Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
  • Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.


  • Melor Kuala Lumpur
  • Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
  • Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
  • Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.




PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU


1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
  • Pengasas – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
  • Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
  • Tujuan – menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
  • Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
  • Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penenpatan khas bagi org Melayu di Singapura.
  • Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yg lain.


2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
  • Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.
  • Tujuan – menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
  • Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


3. Persatuan Negeri
  • Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
  • Objektif – mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.


4. Persatuan di Sarawak
  • Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
  • Tujuan – mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.


5. Persatuan di Sabah
  • Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
  • Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • Ditubuhkan pada 1939.
  • Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
  • Objektif – menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
  • Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.


PERKEMBANGAN KMM


  • KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
  • Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
  • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
  • Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
  • Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.


7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.
  • Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri.
  • Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
  • Resolusi kongres – mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosio ekonomi dan politik mereka yg lemah.
  • Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan mereka selama ini.


GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN


  • Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.
  • Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
  • Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg menyokongnya.


Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
  • Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
  • Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
  • Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
  • Nilai budaya Jepun diperkenalkan.


Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu


1. Barisan Pemuda di Perak
  • Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam
  • Menyatukan pemuda-pemuda Melayu
  • Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.


2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
  • Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.
  • Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.
  • Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org Melayu, Cina dan India.


3. Force 136
  • Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
  • Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.


4. Pasukan Wataniah Pahang
  • Pasukan sukarela menentang Jepun
  • Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.


5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)

  • Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu bersama-sama Indonesia.
  • Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
  • KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.
  • Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak menyebabkan Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.
  • Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.
  • British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

0 comment... add one now