Biasiswa JPA Kini Menjadi Pinjaman Boleh Ubah

JPA telah mengemaskini laman web mereka berkenaan penajaan baisiswa bagi tahun 2016 ini. Antara yang menarik perhatian  ramai orang adalah kenyataan berikut:

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah 
Berikut merupakan notis penuh yang diambil dari laman web esilav2.

biasiswa jpa
 
PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA    
Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:
Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan Nasional (PPN);
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan
c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

0 comment... add one now