Tarikh & Syarat Pemberian Bantuan RM100 Persekolahan 2016

Bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar yang layak akan diteruskan lagi pelaksanaannya pada tahun 2016 ini.

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk murid menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2016 ini.
bantuan murid rm100


  • Warganegara Malaysia
  • Bagi bukan warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara.
  • Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
  • Darjah 1 hingga tingkatan 5 pendapatan ibu bapa,penjaga RM3000 ke bawah.

Tarikh pemberian bantuan RM100 Murid

Pemberian bantuan RM100 ini akan diberikan kepada pihak sekolah bermula 20 Januari 2016 secara berperingkat-peringkat.

Bantuan ini akan selesai diberikan sepenuhnya kepada sekolah  pada 31 Mac 2016.
Seterusnya, pengagihan akan dilakukan sepanjang tempoh persekolahan sesi 2016 kepada Ibu Bapa.

Untuk melihat surat pekeliling rasmi dari kementerian pendidikan, bolehlah klik sini.

Diharap anak anda berjaya menerima bantuan ini seterusnya dapat mengurangkan sedikit beban kewangan persekolahan.


0 comment... add one now