Review Filem Ola Bola

Berikut merupakan review filem Ola Bola yang baru sahaja ditayangkan beberapa hari lepas.
Sejak keluarnya video trailer ini, ramai yang berminat ingin menontonnya.
Tidak sedikit juga yang masih skeptikal dengan filem-filem dari Malaysia.

Jika mengikut trend filem Malaysia yang berunsurkan sukan,semuanya tidak mendapat sambutan.
[baca sini sinopsis ola bola]
Akan tetapi filem Ola Bola ini memang memberikan kelainan.
Review filem ola bola

Berikit merupakan review ringkas filem Ola Bola.

  1. Semua pelakon merupakan pelakon amatur akan tetapi mutu lakonan mereka amat baik. Lebih baik daripada pelakon-pelakon sedia ada yang telah menempah nama.Lebih baik daripada pelakon-pelakon drama magrib pukul 7.
  2. Plot cerita mengetengahkan adegan-adegan yang menusuk hati penontonnya. Sesiapa sahaja akan terkesan.
  3. Tika negara dipenuhi dengan sentimen bangsa dan rasicm, filem ini memberikan satu nilai murni yang begitu mahal iaitu keharmonian berbilang bangsa. Beginilah sepatutnya negara Malaysia yang sering diceritakan di dalam buku-buku teks sekolah berkenaan keharmonian bangsa.
  4. Filem ini bukan sekadar mengenai bolasepak dan kemenangan bermain bolasepak.Tetapi ianya lebih kepada nilai persahabatan,keluarga,dan berusaha tanpa putus asa.
  5. Sentuhan-sentuhan visual dan pengambaran dalam filem ini nampak hidup dan membawa kita terus ke zaman ketika ianya berlaku.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Ola Bola. Semoga review ringkas ola bola ini dapat membantu anda untuk menonton dan enjoy cerita ini.

0 comment... add one now