Resepi Nasi Lemak Sedap dan Ringkas

Ada banyak nasi lemak yang kita pernah rasa. Tetapi mesti ada satu nasi lemak yang kena dengan selera kita. Nak buat nasi lemak bukannya susah. Cuma kena tahu cara bagaimana nak hasilkan nasi lemak yang sedap dan mudah.

Kali ini saya kongsikan resepi nasi lemak yang sedap dan mudah dibuat.
nasi lemak sedap

Resepi Nasi Lemak Mudah dan Ringkas

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beras
  • Santan Kara
  • Halia
  • Bawang merah
  •  Daun pandan
  • Ikan bilis
  • Telur
  • Timun
  •  Ayam
  •  Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili boh
  • Tomato puree jenama Leggo's
  • Lada 
  • Kunyit 
  •  Garam
  •  Gula
  •  Ajinamoto

Cara Penyediaan:

  1. masak nasi dulu siap-siap sebab nasi kan lama sikit nak masak. :) bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi adalah, beras, halia, satu ketul bawang merah, tiga helai daun pandan dan satu kotak santan kara.
  2. untuk bahan tambahan, kita perlukan timun, ikan bilis dan telur.
  3. masak ayam masak merah. mula-mula perap ayam dengan sedikit kunyit dan garam sebab ayam tu nanti kita nak goreng.
  4. Kemudian untuk sambal. 
  5. ahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah dia adalah, bawang merah, bawang putih, cili, cili boh, bawang kisar, gula garam ajinamoto secukup rasa dan tomato puree keluaran Leggo's.
  6. lepas tu masukkan bawang kisar empat sudu dan cili boh empat sudu. tumis sehingga pecah minyak. 
  7. kemudian masukkan 5 atau 6 sudu tomato puree Leggo's. 
  8. campakkan bawang merah yang dah siap dipotong tadi, lada, gula garam dan ajinomoto secukup rasa. kacau sehingga sebati dan last sekali, campakkan ayam yang dah siap digoreng tadi. siap

Sumber dan kredit to : nadiafarahida

Semoga lepas ini anda dapat hasilkan nasi lemak yang sedap dan mudah disediakan.

0 comment... add one now