Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2016

Biasiswa kerajaan Negeri Sabah merupakan satu inisiat bantuan kepada pelajar-pelajar kelahiran negeri Sabah.

para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM iaitu peringkat diploma ataupun ijazah disarankan untuk membuat permohonan BKNS ini.

Berikut merupakan syarat umum permohonan BKNS 2016 ini.

PERMOHONAN BKNS 2016

SYARAT PERMOHONAN BKNS 2016

Had Umur
-Bagi pemohon Diploma , pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
- Bagi pemohona Ijazah  pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

Kelayakan Akademik
Kursus Diploma

  •  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

 Kursus Sarjana Muda

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  •  Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA
  •  Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5

Perubatan, Pergigian dan Farmasi

  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran
  • biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.


Tarikh permohonan BKNS dibuka dan Tarikh Tutup Permohonan BKNS 2016


Permohonan telah dibuka, anda boleh membuat permohonan sekarang.

Link Permohonan: PERMOHONAN BKNS

Tarikh tutup : 11 April 2016

0 comment... add one now