Perkembangan Terkini Nur Amirah Athirah Diculik Tetapi Bukan

Berita Terkini kes Nur Amirah Athirah Diculik Tetapi Bukan. Kecoh juga 1 Malaysia beberapa hari ini apabila adik nur Amirah Athirah dikatakan diculik. Siap ada perbualan Amirah Athirah ketika diculik.

Semua penduduk malaysia rasa bimbang dengan kehilangan adik ini. Akan tetapi, berita yang terjadi disebaliknya amat mengejutkan.

Berikut merupakan perkembangan terkini adik Nur Amirah Athirah.
amirah athirah


"Nur Amirah kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini, bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut, manakala teman lelaki dan rakannya itu masih ditahan reman.  "Sekiranya laporan perubatan mendapati Nur Amirah dirogol, teman lelakinya juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

 Mohd Yusoff berkata, Nur Amirah, 14, akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sementara waktu selepas dibenarkan keluar dari hospital.  Pada 27 Disember lalu, Nur Amirah dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Kes kehilangannya menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar. Bagaimanapun, pada kira-kira 7.45 petang 31 Disember lalu, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan bagi menyelamatkan Nur Amirah berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.



0 comment... add one now