Baca Novel Sha dan Shah Online

Baca Novel Sha dan Shah Online. Berikut merupakan sinopsis novel Sha dan Shah.


sha &shah

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN

=============================
Jika anda ingin membaca penuh Novel Sha dan Shah ini, bolehlah dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

[tonton di sini episod-episod sebelum Drama Sha dan Shah]

Berikut antara review pembaca mengenai novel ini:




Review Pembaca Novel Sha dan Shah
Ririn rated it really liked it
Shelves: buku-melayu2013my-books
Akhirnya...berjaya juga habiskan novel ni.

Sha dan Shah. Farisha dan Fariz Ameerul Shah. BFF. Berkawan sejak berumur 5 tahun lagi. Usia persahabatan mereka telah melebihi 20 tahun. Telah faham dengan perangai masing-masing.

Perkahwinan mereka terjadi kerana desakan ibu bapa Shah yang sudah tidak tahan mendengar cerita-cerita mengenai Shah yang tidak pernah putus. Mengenai Shah yang sentiasa berganti teman wanita sepanjang masa. Hmm...daripada memilih perempuan lain, lebih baik dia berkahwin dengan


Ririn rated it really liked it
Shelves: buku-melayu2013my-books
Akhirnya...berjaya juga habiskan novel ni.

Sha dan Shah. Farisha dan Fariz Ameerul Shah. BFF. Berkawan sejak berumur 5 tahun lagi. Usia persahabatan mereka telah melebihi 20 tahun. Telah faham dengan perangai masing-masing.

Perkahwinan mereka terjadi kerana desakan ibu bapa Shah yang sudah tidak tahan mendengar cerita-cerita mengenai Shah yang tidak pernah putus. Mengenai Shah yang sentiasa berganti teman wanita sepanjang masa. Hmm...daripada memilih perempuan lain, lebih baik dia berkahwin dengan


Hajar rated it liked it
Kisah BFF (Best Friend Forever) yang bertukar status kepada suami isteri. Orang selalu kata, mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh 'berkawan baik' tanpa ada terselit 'perasaan' lain bersama. Mampukah mereka mengemudi rumahtangga yang berasaskan hubungan sahabat ini?

Farisha (Sha) menerima lamaran Faiz Ameerul Shah (Shah) kerana tak tahan dengan pujuk rayu Shah yamg mahu menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu bapanya.

0 comment... add one now