Tarikh Penting Kemasukan Ke Politeknik,Kolej Komuniti, Metro,dan ILKA Ambilan 2016



TARIKH PENTING POLITEKNIK

Iklan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun 2016 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016.

Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.

Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my.

 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.


Berikut merupakan tarikh penting yang perlu diambil perhatian tertamanya kepada lepasan SPM 2015. Kepada sesiapa yang berhasrat menyambung pelajaran ke Politeknik, Kolej Kumuniti, Metro dan ILKA ambilan 2016.

PERKARA
TARIKH
SIARAN IKLAN
17.01.2016 DAN 6.03.2016
JUALAN NO UNIK ID
18.01.2016 HINGGA 04.04.2016
PERMOHONAN
18.01.2016 HINGGA 05.04.2016
HEBAHAN KEPUTUSAN
MINGGU KE -4 MEI 2016
PERMOHONAN RAYUAN
MINGGU AKHIR MEI 2016
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN
MINGGU KE-2 JUN 2016


0 comment... add one now