Kes Zulkifli Membunuh Perompak Sebab Pertahan Keluarga

Viral juga berkenaan kes Encik Zulkifli yang dibicarakan oleh kerana mempertahankan ahli keluarga semasa dirompak.

Dalam hal ini, saya sendiri tidak ahu secara terperinci berkenaan kes ini.

Saya cuma tertarik dan sedikit bersetuju dengan pandangan Saudara Mantot ni..

zulkiflie


Hari ini aku bukak Facebook, penuh dengan respon orang-orang yang kasihan dengan Pakcik yang mempertahankan diri dari pencuri yang menceroboh dan katanya "nak kena gantung sebab bunuh pencuri tu."
Ini, adalah bukti-bukti kelemahan orang Melayu sebab ramai benar orang Melayu, baca suku, dia karang lagi 8 perenggan sendiri.
Pakcik tu kena dakwa. Bukan kena hukum gantung.
Dia kena buktikan yang dia membunuh seorang perompak yang memecah masuk. Macam mana kau nak simpati dengan pakcik tu sekali pun, apa yang dia buat, jatuh bawah kes bunuh. Itu aje.
Keadilan untuk keluarga perompak tu pun perlu ditegakkan. Kalau benar dia membunuh kerana perompak memecah masuk, Insya Allah dia clear. Tapi kena tengok jugak, kenapa dia sampai kena bunuh. Perlu ke bunuh? Adakah ada perompak tu dah mintak maaf dan taubat kemudian masih dibunuh?
Sekurang-kurangnya, pihak keluarga si mati tau kenapa ahli keluarga mereka dibunuh dan jelas kenapa Pakcik itu membunuhnya.
Sikit-sikit nak hentam mahkamah....jangan la camtu.
Rasional la sikit.
Bukannya semua benda kita kena jadi pihak pembangkang cum macai Anwar Ibrahim semata.


saya tercari-cari juga berita mahupun ulasan secara terperinci berkenaan kes ini di internet. Tapi puas cari, tak jumpa. Jika ada maklumat, bolehlah kiranya post di bahagian komen . Terima kasih.


UPDATE.... DAH ADA KETERANGAN DARI PEGUAMBELA.. SAYA PASTE DI SINI.

Sekadar mencerahkan keadaan dan agar kita semua dpt bertindak matang dlm kes pak cik Zulkifli yang dituduh dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
1) KRONOLOGI KES
-selepas kejadian tersebut, pak cik Zulkifli serah diri di Balai Polis sambil bawa parang yg masih berlumuran darah.
-selepas itu dia di reman selama 14 hari bg siasatan polis dan polis melengkapkan kertas siasatan bg di rujuk ke Pendakwaraya sama ada kes ini mesti dituduh atau tidak.
-Setelah 14 hari, kertas siasatan siap, namun arahan Pendakwaraya adalah kes dirujuk terlebih dahulu ke Pejabat Pendakwaan di Putrajaya. Oleh itu, dlm undang2, tidak boleh reman seseorang melebihi 14 hari. Jd pd hari tu, Selasa, pak cik Zulkifli mesti dibebaskan.
Tp mahkamah kena pastikan kehadirannya pd hari pertuduhan. Oleh itu jaminan diberikan kpdnya drp rm 30k kpd rm 15k shj setelah dia yakini mahkamah yg dia akan dtg dan hadapi tuduhan itu.
-setelah dijamin dgn jaminan rm 15k, dia bebas dan pd hari Ahad mggu berikutnya dia dikehendaki ke mahkamah utk dituduh. Namun pertuduhannya kekal dibawah seksyen 302 dan bukannya sek. 304 kk atas arahan Pendakwaan.
*pak cik zulkifli maklum ke sy dan polis, dia x tetak, tp dia tikam..
dia jg maklumkan yg x perasan ada paip besi ditangan pencuri tu..dia fikir utk selamatkan diri shj. Dan parang yg digunakannya itu sgt tajam.. utk siang ayam katanya. Namun kenyataannya tidak sama dgn bukti yg ditemui di tempat kejadian dan tiada saksi melainkan seorang lg kawan pecuri yg dia turut dituduh bwh seksyen 379 KK kerana mencuri.
-jd sy merasakan inilah antara alasan pak cik Zulkifli dituduh bwh seksyen 302 KK iaitu bunuh dgn niat dan bukannya bwh seksyen 304 KK iaitu bunuh tanpa niat.
2)PROSEDUR.
-Pada Ahad tersebut, pak cik Zulkifli telah dituduh dgn 2 pertuduhan iaitu tuduhan membunuh bawah seksyen 302KK kpd si mati dan seksyen 326KK kerana mendatangkan kecederaan dgn mggunakan senjata kpd kawan si mati yg masi hidup itu.
-dlm Kanun Tatacara Jenayah, memperuntukkan 3 jenis Jaminan:
i.kes yg jaminannya wajib dikeluarkan. Seperti kes2 yg hukumannya ringan.dlm kes ini, mahkamah wajib keluarkan jaminan kpdnya.
ii. Kes yg jaminannya tidak wajib dikeluarkan.(Adakala jaminan dikeluarkan adakalanya jaminan tidak dikeluarkan) mengikut keadaan kes dan mangsa/pengadu. Ia bergantung kpd budi bicara mahkamah smada dibenar jamin atau tidak.
iii. Kes yg jaminannya tidak boleh dikeluarkan.dlm kes yg hukumannya adalah membawa kpd penjara seumur hidup atau mati mandatori. Jaminan tidak boleh dikeluarkan dan adalah Salah jika mahkamah keluarkan jaminan.
-pak cik Zulkifli dituduh bwh seksyen 302 KK yg mana hukumannya adalah mati mandatori dan bukanlah dibawah seksyen 304 KK yg boleh dijamin. Oleh itu, pertuduhan ini tidak boleh dijamin sehinggalah kes selesai. Oleh itu sehingga kini dia telah ditahan di Penjara Marang dan tidak boleh dijamin sehinggalah kes diselesaikan.
3) SALAH MAHKAMAH?
-Adalah tidak wajar utk kita salahkan Hakim Mahkamah kerana pak cik Zulkifli ni tak dapat dijamin. Kerana Hakim sendiri terikat dgn undang2 iaitu Kanun Tatacara Jenayah yg tidak memberikan Hakim budi bicara utk mengeluarkan jaminan keatas pak cik Zulkifli.
- kalau nak salahkan, salahkan org politik terutama Ahli Dewan Rakyat sebab bua undang2 mcm tu. Ni jd Ahli Parlimen..tp waktu sidang parlimen x hadir..lps tu berdegar2 ckp nak ubah undang2..
- sila bawa Rang undang2 ubah akta yg mempunyai lacunae (ruang kosong) ini.
4) SALAH PENDAKWARAYA?
-Nak salahkan Pendakwaraya atau polis pun x guna.. sebab mereka menuduh seseorang berdasarkan bukti2 yg ada pd mereka. Mereka ambil keterangan pak cik Zulkifli tu, isteri dia, kawan pencuri tu, repot forensik terhadap mayat simati, gambar2 kejadian dan lain2.. jd pd mereka, kes ini mesti dituduh utk Pak Cik Zulkifli jawab di mahkamah nanti.
5) BIARKAN MAHKAMAH MENELITI KES.
-Di Mahkamah nanti, pihak Pendakwaan akan kemukakan bukti2 dan saksi2 mereka.. Peguambela pula akan challenge kesemua bukti dan saksi Pendakwaan dan menimbulkan keraguan2 yg munasabah dlm kes tersebut termasuklah elemen Mempertahankan Diri dan Harta, Provokasi, Pencuri itu menceroboh Tanah Tertuduh dan lain2.. Sementara itu, Hakim akan menilai dan menghakimi berdasarkan keterangan2 dan bukti2 yg dibawa ke dalam mahkamah.
6)UNDANG-UNDANG ISLAM
-Jika dinilai dlm undang2 Islam pula, bunuh sama ada dgn niat atau tanpa niat adalah jatuh dibawah Jenayah Qisas. Ahli keluarga si mati hendaklah dirujuk terlebih dahulu.
-jika ahli keluarganya maafkan, hendaklah pembunuh itu membayar diyat dgn nilaian 100 ekor unta.
-jika tidak dimaafkan, kes mestilah dibawa ke mahkamah dan dihakimi sama ada pembunuhnya ada niat ataupun tiada niat utk membunuh si mati.
jika ada niat, maka hukumannya dihukum bunuh.
jika x ada niat, maka hukumannya dibayar diyat.
7) SERUAN SAYA
-Oleh itu saya menyeru semua utk sama2 dalami dan fahami keadaan tersebut sebelum membuat judgment. Sekarang ini, kes masih belum dibicarakan..oleh itu tidak adil jika telah ada 'hakim' yg membuat keputusan tanpa didengar terlebih dahulu keseluruhan saksi dan bukti yg ada.
Hafizul Faris Che Razlan, Peguambela

0 comment... add one now