Pengalaman Ujian JPJ 5 Kali dan 4 Kali Gagal

Haaa. mesti terkejut tengok tajuk tu kan. Yelah. Kebanyakkan orang ambik sekali je ujian JPJ dah lulus. Ni sampai 4 kali gagal, kali kelima barulah lulus.

Cerita pengalaman aku. Pada kali pertama mendaftar, masa tu silibus baru untuk dapatkan lesen baru sahaja bermula. Yaitu penambahan RPK, RSM dan juga laluan Z dan laluan S.

Pertama kali ujian JPJ, punyalah konfiden. Last-last sangkut pada 3 penjuru. Sepatutnya tak boleh berhenti pada persimpangan tiga penjru tu, kena keluar terus. Perasaan masa itu sangat sukar nak didescribekan. Yelah tengok orang lain lepas je dan pass.  Lepas je gagal pada laluan, dengan hati kecewa yang amat, aku teruskan dengan ujian pada laluan luar pula. Ujian laluan di jalan raya aku lulus. Maksudnya aku kena mengulang sekali lagi untuk menduduki ujian JPJ dalam litar.

Kali kedua aku jalankan ujian dalam litar, dah lama sangat tak latihan dalam litar. Aku pergi je. Dan sekali lagi, amat kecewa. Aku gagal pada parking. Padahal sebelum ini aku buat boleh jer. Bila dah gagal, terasa amatlah stress dan tak tahu nak cakap macam mana dah.
memandu
orang kata bukit paling susah, Tapi aku tak pernah tak lepas sini.haha

Kali ketiga pula, aku gagahkan diri untuk tidak berputus asa. Aku berpegang pada motto.

"Cuba 10 kali, mustahil tak ada sekali yang lulus"

Pada kali ketiga ini. Aku sudah tidak berdaya. Aku nak sangat lepas dan akhir segala penderitaan ini. eceh.. Bermula pada bukit, parking, laluan S, 3 penjuru semuanya lepas, sehinggalah pada halangan terakhir iaitu laluan Z. Tayar belakang kereta terlanggar tembong penghalang jalan. Pergh... dah nak habis tu.. Tapi tetap gagal. Rasa yang amat kecewa berkali-kali gagal.

Selepas gagal kali ketiga, aku menyepi beberapa bulan, rasa dah hilang semangat. Lepas dah dapat kumpul semangat(dan juga kumpul duit), aku teruskan untuk ambil ujian kali ke-4. Apa yang jadi pada kali ke-4 ni? Aku tak datang. Sebab apa, sebab rasa nervous sangat dan tak ada keyakinan langsung.

Bila tak hadir pada kali ke-4 tu, rasa menyesal pula. Sehinggalah pada kali ke-5, akhirnya aku berjaya menyempurnakan dengan jayanya.

Kegembiraan yang aku kecapi susah nak dinyatakan. Setelah gagal berkali-kali akhirnya lulus juga.

Kepada mereka yang masih struggle nak dapatkan lesen P dan asyik gagal berkali-kali, jangan putus asa. Teruskan berusaha insyaAllah kejayaan akan anda kecapi.

3 comments.. read them below or add one

Hartini Tini Hartini Tini 11 April, 2016
Bila dah lulus je,happy sea buat bubur merah bubur putih :-) :-)
nur afiqah nur afiqah 16 June, 2016
Saya pun gagal kali kedua. Stress sangat2. Habis duit. First gagal kat parking tiga penjuru. Second gagal sebab tak berhenti di simpang. Lepas baca blog awak. Saya bersemangat. First gagal tu sekali jalan raya dengan litar. Duit banyak habis kat situ.
nur afiqah nur afiqah 16 June, 2016
Saya pun gagal kali kedua. Stress sangat2. Habis duit. First gagal kat parking tiga penjuru. Second gagal sebab tak berhenti di simpang. Lepas baca blog awak. Saya bersemangat. First gagal tu sekali jalan raya dengan litar. Duit banyak habis kat situ.