Masa Cepat Berlalu Tanda Kiamat

Masa cepat berlalu adalah antara tanda berlakunya kiamat. Ini seperti yang terdapat di dalam hadis;

 "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)
time

Jika diperhalusi, adakah benar-benar masa itu berlalu cepat? Padahal jangka masa sejam dahulu hinggalah sekarang tetap tidak berubah. Sejam menyamai 60 minit. Seminit pula menyamai 60 saat.

Jadi, di celah manakah masa itu menjadi cepat?

Baiklah, ambil kira analogi ini. Pernah menunggu orang bersiap? Lama nak mampus kan nak tunggu. Walhal 30 minit je. Tapi terasa lama sangat.

Pernah keluar dating dengan makwe? Atau keluar jalan-jalan dengan kawan? Tak pun masuk karoake box 2 jam. Tup tup. Tengok dah magrib dah . Tup tup tengok masa karooke dah habis dah.

Di sini kita boleh lihat bahawa masa itu cepat berllau jika berada di dalam kegembiraan, keenakan, keasyikan. Manakala ianya berlalu lambat ketika kita berada dalam kesusahan.

Di sini kita boleh simpulkan bahawa, apabila umat manusia di dunia ini mulai leka dengan dunia, sehinggakan masa cepat berlalu, maka waktu itu lah yang dinamakan singkatnya masa.

Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)

0 comment... add one now