Kemalangan Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi 28/11/2015

Seorang kontraktor yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala rakannya parah selepas terbabas sebelum dipercayai bertembung dengan dua kenderaan lain dari arah bertentangan di Kilometer 51 Jalan Kuala Terengganu - Bukit Besi, di sini, hari ini.
jalan kuala terengganu

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Wan Laila Othman, 63, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat hentakan kuat di kepala. Mangsa lain yang turut menunggang motosikal dan cedera parah adalah Pegawai Penjara Marang, Zuldiwini Awang, 42, mengalami patah tangan kiri dan peha kanan. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman, berkata kedua-dua mereka dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika melalui laluan berselekoh di lokasi terbabit.

Katanya, mangsa kemudian terjatuh lalu meluncur masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis PERODUA Viva dan lori. "Akibat daripada pertembungan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya patah di beberapa bahagian badan.

 "Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi BH. Hussin berkata, kedua-dua pemandu kereta dan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber: berita harian

0 comment... add one now