Contoh Surat Memohon Mengurangkan Bayaran Denda Kompaun

Denda, kompaun ataupun hutang perlu dibayar. Adakalanya, bukan sengaja kita nak lakukan kesalahan yang menyebabkan kita kena bayar amaun tertentu untuk membayar denda tau pun bayaran.
surat

Berikut merupakan format untuk memohon dikurangkan bayaran denda kompaun yang boleh anda ikut;

Ahmad Qazrin Bin Ahmad
……………………..
……………………..
……………………..

3 November 2015

Syarikat tempat berhutang SDN. BHD,
…………………….
…………………….
…………………….


Kepada Siapa Yang Berkenaan,

Perhatian : Jabatan hasil (Atau yang berkenaan)
Perkara    : No KP 880111-05-5225 Ahmad Qazrin Bin Ahmad

Dukacita dimaklumkan, saya tidak dapat membayar denda yang dikenakan atas sebab keadaan yang saya sedang alami sekarang.

2. Setelah saya membuat kira-kira, saya mendapati saya berada di dalam status kewangan yang meruncing. Saya memohon supaya pembayaran dikurangkan bagi saya menyelesaikan bayaran.

3.Jika pihak Tuan membenarkan, saya ingin memohon membuat pengurangan bayaran sebanyak RM___ . Berbanding harga sebelum ini iaitu RM____ .


Saya akan membuat bayaran dengan tertib dengan kadar bayaran baharu ini dan saya harap pemintaan saya ini akan dipertimbangkan oleh pihak tuan.

Yang Benar

……………………………
Ahmad Qazrin Bin Ahmad

0 comment... add one now