Cara Buat Rayuan Kurangkan Bayaran Saman JPJ, PDRM, Trafik, DBKL,etc

Mendapat saman merupakan satu perkara yang sangat perit bagi seorang pemandu. Dan lagi perit ketika membayarnya. Kita nak bayar tetapi tidak berduit sangat. Boleh tak kita minta diskaun untuk dikurangkan bayaran?
saman

Ada yang beritahu boleh, yang penting bayar dalam masa sebulan selepas saman dikeluarkan , dan berbincanglah dengan pegawai yang bertugas ketika anda membuat bayaran.

Akan tetapi, pada laman web JPJ ada dinyatakan; 
Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun . Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.

Maksudnya, memang tak boleh buat rayuan jika mengikut laman web JPJ. Tetapi tidak salah mencuba.

Ada juga beberapa orang yang mengesyorkan bahawa, tak payah bayar sehinggalah surat mahkamah dikeluarkan kemudian barulah merayu ketika di mahkamah untuk dikurangkan bayaran.

Harap ini membantu, apa yang penting pandulah secara berhemah, jangan melanggar peraturan jalan raya. :)

0 comment... add one now