Ujian Mudah Ini Menentukan Kemungkinan Anda Mengalami Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome merupakan satu keadaan yang menyebabkan tangan seseorang merasa kebas, sakit mencucuk, dan simptom lain. Hal ini disebabkan oleh urat pada bahagian tangan (median nerve) telah terhimpit dalam laluannya(carpal tunnel). Himpitan ini yang mewujudkan kesakitan yang amat.

CTS ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai rutin kerja yang sama setiap hari, sebagai contoh seorang yang bekerja di depan komputer ataupun seorang tukang jahit.

Anda boleh mengetahui sama ada anda mempunyai carpel tunnel syndrome dengan melakukan beberapa ujian mudah di bawah ini.



Phalen  Test

Lakukan seperti kedudukan di dalam gambar ini, jika anda mengalami kesakitan, bermaksud anda menghidap Carpal Tunnel Syndrome.




Tinel Sign

Seorang terapis ataupun doktor akan mengetuk bahagian seperti yang ditunjukkan di bawah, jika anda merasa sakit mencucuk, bermaksud anda positif dengan ujian ini.





0 comment... add one now