Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2016

Ringkasan intipati bajet 2016 dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri najib Tun Razak pada 23 Oktober 2015. 
bajet 2016

Tumpuan diberikan kepada memperkukuh ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat. 

Berikut merupakan intipati kandungan bajet 2016 yang telah dibentangkan.


Senarai Intipati Bajet 2016

  1. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
  2. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas semua jenis ubat penyakit tidak berjangkit, adalah antara tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa menjelang 1 Januari depan.
  3. Bagi memastikan PR1MA mencapai sasaran, kerajaan telah melonggarkan had pendapatan isi rumah pemohon daripada maksimum RM8,000 kepada RM10,000.
  4. Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu bapa walaupun tidak tinggal bersama akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa.
  5. Sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina membabitkan pelbagai agensi untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat.
[Tonton secara langsung Pembentangan bajet di sini]
(akan dikemaskini secara live)




0 comment... add one now