Berita Kemalangan Pengantin Baru Berkahwin 10 Oktober 2015 Besut

kemalangan pengantin besut

kemalangan pengantin besut


Berita yang amat menyedihkan hari ini. Berita pasangan pengantin yang baru bernikah semalam dan dalam perjalanan dalam rombongan menyambut menantu maut kemalangan.

Rombongan hantar menantu accident di besut.
Pengantin laki meninggal, manakala pengantin pula  perempuan patah tangan dan peha. 
Kemalangan maut 4 org termasuk bayi umur dlm 1 thn di kg renek .

Besut – Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan 4WD di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam.

Isteri pengantin lelaki, Noraliza, 18, parah dan kini dirawat di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan kejadian itu. – myMetro Online

Alfatihah kepada mangsa. Moga roh mereka tenang di sana.

0 comment... add one now