Pengalaman Pulau Bohey Dulang Semporna

Hujung bulan lepas, admin dan rakan-rakan berpakat untuk travel ke Semporna untuk menjejaki Pulau Bohey Dulang.
bohey dulang
Gambar dari Jeti


Jarak perjalanan menaiki speed boat adalah lebih kurang 30 minit ke 40 minit. Kami sekumpulan agak lewat tiba di Pulau tersebut. Leboh kurang 10.30 am barulah sampai ke sana.

Sampai sahaja di Bohey Dulang, kami dikehendaki mendaftar nama dahulu sebelum memulakan hiking.
bohey dulang
Keadaan puncak Bohey Dulang

Selesai mendaftar, hiking bermula. Tetapi kami dilepaskan secara berkumpulan, tak boleh ada yang start dahulu, start kemudian.

Tinggi yang perlu didaki adalah lebih kurang 300 meter, tetapi jarak yang perlu dilalui lebih kurang 600 meter.

Ramai yang mendaki sama , ada budak kecil sehinggalah orang tua. Jika anda berbadan gempal pun, rasanya tak ada masalah nak mendaki. Cuma lambat sedikit lah. Saya sendiri menghabiskan masa 22 minit untuk mendaki untuk sampai ke puncak.
bohey dulang
keadaan jalan semasa mendaki

Sampai sahaja di puncak, sangatlah ramai orang yang berada di atas, sehinggakan jika nak tangkap gambar pun, amat sukar. Mungkin juga pemilihan waktu kami kesana yang salah. Iaitu sewaktu cuti sekolah. 
bohey dulang
boleh nampak keadaan pulau lain yang berhampiran

Lebih kurang 30 minit berada di atas, selepas mengambil gambar, dan sebagainya, akhirnya kami pun turun, dan nak turun sangatlah mudah dan cepat berbanding naik. Saya cuma habiskan masa lebih kurang 12 minit untuk turun.

Jika berminat ingin ke sini, bolehlah hubungi 014-5611108


0 comment... add one now