Tarikh Majalah Ujang dan Apo Diberhentikan Pengeluaran

Berita sedih buat sesiapa yang membesar dengan majalah lawak Ujang dan Apo?. Dikhabarkan  majalah ini telah diberhetnikan pengeluaran. Perkara ini disahkan sendiri oleh salah seorang kartunis iaitu Kartunis Ubi.
majalah ujang dan apo

Berikut merupakan kenyataan beliau;

"Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.
Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.
Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela." - Kartunis Ubi. 

Maka dengan rasminya majalah Ujang dan Apo yang dibawah kendalian syarikat MOY diberhentikan mulai 6 Ogos 2015 .

0 comment... add one now