Siapa Budak umur 11 Tahun Yang Mengandung dan Bersalin?


budak bersalin

Heboh juga di laman sossial berkenaan seorang budka yang berumur 11 tahun mengandung dan bersalin di hospital. Ramai juga blogger yang membuat entri mengenai budak ini.

Siapakah sebenarnya budak perempuan berumur 11 tahun yang mengandung itu? Pendapat saya, usahlah kita ambil tahu mengenai peribadi budak itu.

Apa yang kita boleh ambil iktibar dari perkara ini adalah, tanya diri kita sendiri. Di mana kita berada ketika orang sekeliling kita melalukan maksiat. Adakah kta duduk diam. Adakah kita menegur ? Ataupun skeadar mengeluarkan caci maki bila hal ini terjadi?

Masyrakat makin parah. Dan salah satu punca keparahan itu adalah kita sendiri.

Sama-sama kita ambil iktibar daripada hal ini. Contohnya, jangan biarkan adik perempuan keluar malam, ambil tahu mereka berkawan dengan siapa.

Sesekali periksa juga telefon mereka, mesej dan sebagainya. pastikan mereka tidak mesej orang yang berlainan jantina dengan bahasa yang berlebihan.


0 comment... add one now