Perkembangan Terkini Budak 11 Tahun Bersalin

11 tahun bersalin


Berikut merupakan perkembangan terbaru mengenai budak perempuan 11 tahun yang mengandung. Budak tersebut selamat melahirkan anak  bersalin secara normal.

Namun hari ini dilaporkan bahawa anak lelaki yang dilahirkannya itu telah meninggal dunia. Difahamkan akibat komplikasi dalam perut bayi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

“Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau,” katanya ketika dihubungi.

0 comment... add one now