Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik

Contoh surat berhenti kerja. Surat berhenti kerja adalah amat penting di dalam urusan untuk berhenti dalam sesuatu pekerjaan. Surat perlu diserahkan kepada majikan sebelum kita sah letak jawatan. Surat berhenti kerja ditulis oleh anda sendiri dan ditanda tangani. Pastikan terdapat sebab mengapa anda ingin berhenti kerja.

Berikut merupakakan contoh surat berhenti kerja yang mudah dan terbaik.

Contoh Template surat berhenti kerja mudah dan terbaik


Siti Norhayati Bte. Jamalan

No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,

Bukit Serampang,

85210 Jementah, Ledang,

Johor Darul Takzim.

_____________________________________________________________________________________

Tuan Hj. Khalil Bin Jali

Sek. SRI Seremban

Jalan Dato’ Kelana Maamor,

70200, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.                                                                              27 JANUARI 2012


Tuan,


Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban


Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _______(tarikh).


Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.


Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………..

(Siti Norhayati Bte. Jamalan)

----------------------------------------


surat berhenti kerja

0 comment... add one now