Contoh Surat Akuan Bujang Mudah Dan Ringkas

Surat akuan bujang diperlukan untuk urusan rasmi seperti untuk berkahwin. Surat akaun bujang perlulah ditulis dengan format surat rasmi dan kemudiannya ditanda tangani oleh ketua kampung., ataupun jika bekerja ianya merupakan surat yang mempunyai letter head daripada syarikat anda bekerja. Ini boleh dikategorikan sebagai surat akuan bujang dari majikan. Selain majikan, anda juga boleh mengubah sedikit format surat di bawha ini untuk menjadi sebagai satu surat akuan bujang dari ketua kampung.


Contoh Surat Akuan Bujang

LETTER HEAD – KEPALA SURAT (NAMA
SYARIKAT ANDA BEKERJA)
No rujukan:
Tarikh:
Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan
Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat
Islam, JAWI
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur
Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG
Kami menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas, bahawasanya SI POLAN BIN
SI POLAN No kad pengenalan; XXXX-XXXX-XXXX, adalah;
  • menetap di [alamat]
  • bekerja di syarikat kami sebagai Manager semenjak [tarikh mula masuk kerja]
  • bekerja sepenuh masa / separuh masa
  • Pendapatan RM: XX
  • Mengikut rekod di Syarikat kami, SI POLAN BIN SI POLAN masih BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.
Sekiranya pihak tuan / puan ingin maklumat lanjut sila hubungi saya melalui tel, fax atau surat.
Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.
Sekian terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas.
NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN
SURAT DAN TANDA TANGAN

Contoh lain:
Anda boleh download surat akuan ini dengan save gambar di bawah ini.
akuan bujang


0 comment... add one now