Contoh Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal

Maksud dan Contoh Ayat Majmuk

contoh kata hubung yang boleh digunakan

Ayat majmuk adalah ayat yang berasal daripada dua ayat atau lebih dan digabung menjadi satu. Ianya digabungkan oleh kata hubung seperti dan, sambil, lalu,kecuali, atau ,Sebagai contoh;



  • Ahmad menonton televisyen.
  • Ahmad memakan keropok.
Apabila ayat ini dimajmukkan, akan jadi ;

  • Ahmad menonton televisyen sambil memakan keropok.
Contoh lain;

  • Rahman suka makan ayam.
  • Rahman tidak suka makan bahagian kepak ayam.
Apabila ayat ini dimajmukkan, ia akan jadi;

  • Rahman suka makan ayam tetapi tidak suka makan bahagian kepak ayam.

Maksud dan Contoh Ayat Tunggal

Ayat tunggal adalah ayat yang terhasil daripada gabungan satu subjek, dan satu predikat.

Subjek + Predikat = Ayat tunggal

Sebagai contoh;

Subjek = Wanita tua itu
Predikat = sedang bermain bersama cucunya.

Ayat tunggal : Wanita tua itu sedang bermain bersama cucunya.


Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam ilmu tatabahasa dan meningkatkan lagi penguasaan anda.

0 comment... add one now