Whatsapp Ucapan Raya 2016

Dengan kecanggihan teknologi, sudah ramai yang menggunakan whatsapp pengganti SMS. Jika dulu orang guna sms untuk menghantar ucapan hari raya. Kebanyakkan sms yang dihantar penuh dengan shortform singkatan. Yelah nak jimat kredit kan. kalau boleh, sedaya upaya nak ringkaskan perktaan tu. Dan juga tidak lupa ucapan-ucapan yang penuh dengan simbol-simbol bagi membentuk rumah, orang, pelita dan sebagainya. Sebagi contoh sms dibawah ini.


.i. .i.* l.l _£_ l.l *.l.l_(“”””‘)_l.l.:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN, w ,c(_)_)Islm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.(nama penghantar dan family)

Tetapi kini, sudah tidak ada lagi sms-sms sedemikian, semuanya melalui whatsapp, wechat, telegram, dan  lain-lain. Tak perlu lagi risau dengan perkataan-perkataan yang kena disingkatkan.
whatsapp raay 2015


Koleksi Whatsapp Ucapan Hari Raya 2016

Berikut merupakan beberapa koleksi ucapan hari raya 2016 khas untuk pengguna whatsapp.

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN


Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat whatsapp
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.



0 comment... add one now