Wanita Yang Tolong Pakaikan Kasut Rosmah Mansor

Ramai yang mencari identiti siapakah wanita yang tukang pakai kasut Rosmah Mansor. Video berdurasi kurang dari 20 saat menunjukkan Rosmah baru keluar dari surau/masjid, kemudian dia berdiri gah. Tiba-tiba seorang wanita datang duduk memakaikan kasut pada Rosmah.
rosmah

Rosmah kemudian berlalu pergi begitu sahaja menaiki kenderaan yang disediakan.

Bagi saya sendiri, tak perlulah kita mencari siapa wanita yang memakaikan kasut Rosmah tu. Dia cuma menjalankan tugas. Munkin pihak atasan suruh dia buat macam tu. Kita tak tahu. 

Cuma apa yang lebih manis jika Rosmah mengucapkan terima kasih, peluk ke, salam ke orang yang dah tolong pakaikan dia kasut tu. Nampak dia berlalu pergi begitu sahaja.

Namun berikut merupakan screenshot dari status fb seorang yang berada di tempat berkenaan.

ss rosmah

0 comment... add one now