Wanita Muslim Amerika Ini Mengumpulkan $20,000 Dana Membaiki Gereja Terbakar

Faatimah Knight. Seorang muslim Amerika yang mengumpulkan dana lebih $20,000 untuk membaiki gereja yang terlibat dalam kebakaran.

fatimaah

Tak Pasti Berapa Dapat Kumpul

Pada mulanya, Faatimah bersama rakan-rakan muslimnya tidak pasti berapakah yang mereka akan dapat kumpulkan bagi dan membaiki gereja.

Tetapi hari ini, mereka dapat mengumpul hampir $30,000. Duit yang akan digunakan untuk membantu tujuh gereja yang musnah dalam kebakaran di selatan Amerika.

Fatimaah menghebahkan kempen mengumpul dana sempena bulan Ramadan ini.

Fatimaah memberitahu bahawa Islam mengajar penganutnya untuk membantu sesiapa yang lemah dan tidak terdaya. Beliau berkata, penduduk kristian berkulit hitam di Selatan Amerika yang baru-baru ini menghadapi kemusnahan tujuh gereja memerlukan bantuan.

"Saya juga berkulit hitam, dan saya kenal komuniti berkulit hitam di tahap itu."


0 comment... add one now