Tips Membeli di Plaza Low Yat

Hentikan isu pergaduhan di Plaza Low Yat. Kali ini saya akan berkongsi tips membeli gadget di Plaza Low Yat.

Sebelum ini saya pernah membeli smartphone Motorola Moto G, PSP, Handphone samsung tak ingat model apa.

Bagi saya Low Yat merupakan alternatif jika kita tak sabar nak pegang benda yang kita beli,maka belilah di Low Yat. Kalau sabar sikit , beli je online.Harga lebih murah. Bukannya tak ada trusted seller online ni.Banyak je.

Tapi kalau korang berkeras juga nak beli di low uat,ikut panduan ni.
low yat


  1. Tetapkan nak beli apa.
  2. Jika banyak model jadi pilihan,senaraikan
  3. Survey online harga yang dijual.
  4. Datang ke Low Yat.
  5. Pergi tanya terus model yang korang nak.
  6. Dia bagi harga,jika harga beza RM100 ke atas dari harga online,tak payah tawar menawar,blah terus ke kedai lain
  7. Jika beza cuma RM50,try nego. Kalau dapat harga sama dengan online,lagi cun. Kalau tak dapat,pastikan nego harga RM20-30 lebih tinggi dari harga online
  8. Then beli.
  9. Siap dan gembira.

0 comment... add one now